Wednesday, October 31, 2012

Cranberries Live in KL - 4th April, 2012 - Stadium Negara

Mula-mula, memang tak minat sangat nak pergi. Tapi bila Kay ajak, aku game je la kan. Tak la tahu sangat lagu-lagu depa ni. Kononnya nak tengok satu konsert satu bulan. Beginilah cita-cita orang yang tiada hala tuju hidup.

Anyway, bila dengar the daily promo, eh rupanya, banyak jugak lagu yang aku tahu ek. So dengan semangat waja, download la segala mak nenek lagu depa and pasang hari-hari on the way to work. I think my favorite is Animal Instinct.

Come the night of the concert. Dah la Wednesday. Tak ingat aku keje ke tak pun hari tu. But I think the weather was ok, so hopefully tak jam la. Kay came over and drove both of us to stadium Negara. Traffic was clear. But now.. mana pulak nak park ni. Tempat parking haram sebelah stadium dah ada construction pulak. Then we realize, eh depan stadium ni ada sekolah. Maybe we can ask the Pak Guard to let us park inside. Success! Dia bagi masuk tapi kena RM10. Which I don't mind at all. Dah la dapat parking elok, ada guard plak and hanya sekangkang kera aje dari entrance. Tak payah susah-susah. Unlike most asshole yang kononnya drive VIP ke hape tah yang nak park jugak dalam stadium tu kalau boleh. Pastu nyusahkan rakyat marhain lain nak beli burger. Hahahah.

As usual aku memang benci nak kena check bag la apa la bila nak masuk. So seboleh-boleh nak makan jugak burger ke air ke apa semua bagi habis. Haha nasib tak tercekik. Aku rasa Kay berjaya seludup air ke masuk. Camera plak, as usual aku masuk dlm kocek rahsia hehehe.

The stadium was packed. Nasib tak panas. We sat to the right of the stage kot. Ok la jauh dari orang-orang. Duduk rapat nanti kang rimas. Tak sangka pulak ada stage for VIP ke royalties ke. I dunno why they bother to come and watch. Sebab kena control ayu semuanya, walhal the crowd dah frenzy tak tentu hala.

Dim the lights, here comes Cranberries! Damn, they were good! Semua lagu layan. Aku layan sambil duduk la kan. Pastu half way, lapar pulak, beli lagi burger. Hahahah. My love affair with bugger pijak memang tak boleh nak dipisahkan.

Then finally comes the moment. ZOMBIE. Seriously, everyone sang as if their life depends on it. Aduiii... cuba suruh ngaji? But I guess, yes that was one of the best moment in any concert that I have ever been to. Yang tak tahan tu, kitaorang dok perhati, yang those tadi duduk and haram tak response to any of the songs, tetiba dah up on their feet ... menyanyi dengan penuh semangat siap dengan hand gestures, macam la dia yang tulis lagu tu. Hahahahah gamaknya, ni je kot lagu yang depa tahu. Sure pi karaoke ni la lagu wajib.
The VIP stage masih tidak menunjukkan sebarang emosi. Borrinnggg!

It was good nite out. Good music, good company, dismal burger pijak. Posing mesti posing :)


But you see, it's not me, it's not my family.

In your head, in your head they are fighting,
With their tanks and their bombs,
And their bombs and their guns.
In your head, in your head, they are crying...

In your head, in your head,
Zombie, zombie, zombie,
Hey, hey, hey. What's in your head,
In your head,
Zombie, zombie, zombie?
Entah....

Tuesday, October 30, 2012

Avril's Black Star Tour - 18 Feb, 2012 at Stadium Merdeka

Avril Lavigne Live in KL! Not to be missed... walaupun clearly this is a teenage angst fest. Tak pedulik la.
I think we were in Johor siang tu. There was a wedding. Mujur la sempat sampai KL. Memang tak senonoh!

Petang tu hujan la pulak. Aduss mesti stadium lecak. Kensel nak pakai kasut baru. Selipar cabukku sila jalankan tugas anda. Konsert start 8.30 ke 8.00 pm tah. So sempat la nak solat dulu kat rumah. Dah siap-siap2 nak pergi, baru terperasan mana pulak ticket? Ya salam... ticket tak jumpa. LOL!

Korek punya korek, gaduh punya gaduh... finally found it in my sister's closet. Tadi bukan main dia mengaku takde pada dia. By then, dah pukul 8.30 kot. Gamble je la... lagi pun lagu2 yang starting tu tak best sangat. (Yes, dah siap check setlist ye).

So as usual any concert at Stadium Merdeka, mesti naik LRT than Monorail. And of course dalam banyak-banyak minggu, ni la minggu yang depa nak launch integrated system across the transit system. Tak boleh pulak beli ticket pergi balik. Kena beli token lain2. So to be save, masa sampai kat monorail tu kitaorang beli dah token siap2 untuk balik. Nak kena ingat plak mana token LRT mana token monorail. Arghh.. dah la dah lambat. Nasib masa sampai dah renyai2 hujan, so boleh la redah je.

We arrive dah almost 9.15 ke.. Avril pun nak balik dah. Hahahah. Tapi yang pasti, dapat la dengar dia nyanyi Wish You Were Here... Dapat la emo bila ramai-ramai nyanyi part Damn...Damn.. Damn... to be honest aku tau part tu je pun. Heheheh. Unfotunately, terlepas Sk8er Boi (notice that I'm using the 'correct' spelling..sighh).

Bila dah nak encore tu, dia bukak dah all the gate. So semua orang boleh rushing turun ke padang and grab a place front and center depan stage. Err.. termasuk la aku and kakak aku. Sekali tu tengok-tengok, padang tu gila lecak... boleh tersangkut kaki dalam selut. Gila cardio aku nak get across the field. Dah la rupanya dari bleachers tu nak naik ke padang tu ada longkang besar.. and ada pulak adegan panjat memanjat. Nak tersimpul urat perut aku.. terkejut dah la tak bersenam!

And Avril close with Complicated. Enough said... SCREAM, SHOUT and JUMP people! Memang best. Before balik sempat la ambik gambar amongst the throngs yang berpusu-pusu nak balik. According to my colleague yang berendam kat padang tu since 6pm, kasut dia dah boleh buang dah. Hahaha nasib aku datang lambat. Shot Avril semua goyang. So instead, letak la gambo perempuan  yang perasan ada teenage angst ni.Hahaha