Tuesday, November 24, 2009

Konsert tapi Picnic

Tak pernah dalam sejarah aku pergi konsert... aku lagi sibuk makan. Selalu either I really enjoy myself or I would fall asleep no matter how loud the music is. Tapi konsert ni, semua stall makanan aku pergi. Burger harga RM5 pun layan jugak. Burger paling mahal dalam sejarah penjualan ala pasar malam. Bukan tu aje yang aku makan. Sampai tunggu akak nasi lemak tu masak nasi lemak dia. Boleh ke tak. Sempat pulak buat karftangan macam kat bawah ni



Pastu dah bosan, apa lagi posing time:



Senang cerita, konsert ni memang hancur la kan.

Siapa2 band atau organizer yang hendak mendapatkan taraf konsert hancur sila la ikut panduan ini:

1. Pilih la location yang memang susah nak parking. Dah tau ada 3 juta orang nak datang, pilih la location yang ada 10 aje parking. Bagus.. akak like dapat melanggar undang2 jalan raya. Bukan dah double park malam tu.. aku dah triple park.. and ada lagi org buat line no 4 plak sebelah aku. Syabas betty!

2. Gunalah sistem ticketing yang super efficient iaitu.. setelah suruh orang beli online or dari agent, kena pulak bawak resit dan sampel DNA ke pintu masuk untuk claim pulak ticket sebenar. 5 orang memang cukup nak layan 3 juta orang yang nak datang claim ticket tu. Jangan letak 6 orang sebab nanti yang sorang tu memang tak buat keje pun...5 je cukup.

3. Buka la pintu lambat. Konsert start pukul 8 malam. 3 juta orang dah datang nak tengok konsert.. takpe bukak la pintu pukul 7.45 minit. 2.99 juta orang ni semua boleh terbang.. tak payah nak risau orang beratur ke tidak ke. Exciting sket bila orang pijak orang lain nak masuk. Macam tragedi trowong Muassim gitu.

4. Sila la lupa nak make sure band dah sampai kat lokasi konsert. Bila 3 juta orang datang dan ada 2.89 juta kereta dah triple park, jalan dah sesak sampai Seremban... band yang nak datang main, nak lalu mana pulak? Oh lupa ada helicopter mainan nak angkut depa bawak sampai stage. Tapi hari tu organizer lupa plak. So kena la buat announcement...." Aaa... band dah sampai dah.. tapi tersekat kat hujung jalan. Pada kereta2 yang blocking jalan .. boleh tak tolong alihkan"... Kepala otak kau berjambul jawab 3 juta yang dah susah2 triple park tadi.

5. Guna la sound system yang hampeh. Lepas tunggu 1 jam tak start2 sebab band dah tersekat, konsert pun start. Eh, pecah pulak sound system. Yeay! Break lagi... makan nasi lemak pulak

6. Untuk band pulak, dah tau semua orang suka lagu rock jiwang karat tu... jangan nyanyi lagu2 tu... nyanyi je lagu2 yang korang nak syok sendiri dapat goreng gitar sampai cair. Pedulik apa kan, sound system pun hancur... orang bukan dengar pun. Makan ayam goreng lagi best.

7. Akhir sekali kalau terdengar ada orang kata... "ehhh aku nak dengar lagu Gadis Misteri.. depa tak nyanyi lagi. Oooi... dah nyanyi la tadi. Ha ye ke?", tercapai la taraf konsert hancur itu.


Konsert apa agaknya ni ye?

Monday, November 23, 2009

Bulan Birthday

So many birthdays this month.

To start of with, sahabat lama who celebrated her birthday on 6th Nov. We celebrated her birthday with a karaoke session and movie - Pisau Cukur. Sungguh menyeronokkan. Memandangkan gambar-gambar mungkin akan digunakan sebagai bahan bukti aku tak letak la gambar-gambar kat sini. Semuanya ala Oh My Dior! Ladies, I shall post it on FB with tight security (...that is till I figure how to do it). So aku letak la gambar K Melah to remind us what song we sang that day. (errr yes I know you all prefer gambar ek ah ek ah.. tapi gambo ni je yang aku ada dalam pc ni)

To Buk Tini, semoga panjang umur murah rezeki (agar boleh berkaraoke lagi bebila free) and semoga satu hari dapat la beli beg Dior idaman... boleh la Oh My Dior for real!

Next, is dad birthday on the 8th. He would be 72. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. I found this old photo in which he looks ceria, gemuk and sihat walafiat. We shall always remember him this way :). Next to him is the cheeky Anees, who insisted nak pergi tengok simpool (translated swimming pool)... "Boleh tak kita nak pergi simpool. Kita nak cecah kaki kita aje"



Also celebrating on the 8th is si Cantik Tertarik Kau Memang da Bomb! And what a birthday gift - Chelsea beats Manure. (Read here). Joe Cole was featured in the match. Ok la.. he didn't score any of the goals, but he did score one over last weekend against Wolves. Yipeeee


On the 19th, it's Fares' Birthday. We got free tickets to watch Astro Boy! He also got goodie bag from Era coz it's his birthday. Hehehe.. I also found this old photo of him. Habis cool la ni. Check out the little bear on his lap. That was his pet teddy bear for a while.. he would bring it everywhere! Hahahahahah... hahahahahahahahahah.... Bro, Happy Birthday! You are officially a teenage mutant ninja boy!



19th is also my cousin's birthday. And I think 20th is someone's birthday. Perhaps my cousin as well. And I know 28th is my aunt's birthday. We might surprise her with a cake. Tapi aku belum order lagi :P

Sports update: Jensen Button will be joining McLaren next season. Am disapointed in you Button! (but for double salary I suppose I would sell my soul as well :( )

Tuesday, November 3, 2009

6 years today



Sighhhh... Alhamdulillah. But next year it will be a new countdown. Layanzz je la.