Wednesday, October 29, 2008

Laporan: Melawat 3 Jualan Gudang Dalam Sehari

Pada hari Jumaat itu, saya cuti. Saya bangun awal. Selepas gosok gigi, cuci muka, mandi tapi tak sempat makan roti mahupun minum kopi, saya keluar rumah.

Saya tahan beberapa teksi. Saya kata saya nak pergi Dataran Hamodal di PJ. Pakcik yang pertama terkejut beruk macam tak pernah dengar nama tu. Packik teksi yang kedua terkejut badak pulak. Tapi dia kata, naiklah, tapi kena tunjukkan jalan. Saya suka. Saya pun naik la teksi dia. Masa tu pukul 9 pagi. Jalan tak jam sangat.

Dengan panduan yang saya berikan, teksi saya selamat sampai ke Dataran Hamodal pada pukul 9.30. Jalan sudah mula sesak dengan orang gila macam saya yang nak membeli belah. Saya minta pakcik tu berhenti di luar gudang MPH, sbb hanya jualan gudang MPH saje yang dah buka masa tu. Saya bayar harga teksi dan keluar dengan semangat wajar menuju misi pertama saya.

Sekali tu, saya pulak terkejut badak sebab tiba-tiba di pintu masuk gudang ada seorang mak lampir yang dah kena rasuk hantu jepun. Dia begitu bersemangat sekali memarahi..tidak, menjerit tidak ingat dunia..tidak, menjerit macam dunia ni dia yang punya, anak perempuannya. Mak lampir keturunan bukit ini bertutur (eh bukan menjerit) dalam bahasa inggeris kepada anaknya. Mungkin dia dirasuk hantu askar british, bukan hantu jepun - maaf. Jeritanya membuatkan semua pakcik-pakcik jaga takut nak dekat. Seumur hidup saya, saya tak pernah dgr orang jerit begitu kuat sekali. Bapak saya yang selalu dirasuk jembalang tanah bila marah pun tak begitu mengerunkan berbanding mak lampir ini. Kesian saya tengok anak dia yang kena marah. Tapi dia tak nangis pun. Tabah betul.Saya ingat saya nak tegur mak lampir itu, akan tetapi bila saya mendekati dia saya nampak urat tekak dia macam nak putus, terus saya tak jadi. Takut pulak kalau bebetul kepala dia meletup, nanti terkena percikan isi otak dia pada saya. Kena pulak saya balik rumah mandi dulu. Mana boleh, ada 3 jualan gudang saya nak pergi.Saya pun jalan cepat-cepat masuk jualan gudang MPH.

Masa tu jam baru 9.45 pagi. Saya pun jalan pusing-pusing MPH. Banyak betul buku. Ruang gudang yang dibuka pun besar. Saya cuma cuci-cuci mata saja, sebab pukul 10 saya nak pergi jualan gudang yang diseberang jalan. Buku-buku ni boleh tunggu.Tapi sebelum keluar tetiba ada orang tanya saya, "do you have any Archie comics?". Dalam hati saya kata, "Darling I have a mini library full of it!", tapi saya kata pada dia.. tak tau la.. sebab saya tak kerja kat sini. Baru saya perasan, saya pakai kemeja T warna merah sama dengan pekerja-pekerja MPH di situ. CEH! Tepat 9.55 saya pun lintas jalan dan masuk pulak jualan gudang zara massimo dutti pull & bear. Memang ngam betul waktu saya, sebab pintu dia memang baru bukak. Nampaknya saya sorang saje yang bukan geng bukit. Nasib saya tidak bawak beg sebab beg kena bungkus dulu dlm plastik sebelum masuk. Setelah masuk, semua orang berpusu2 macam tak tentu hala sebab tak sabar nak rosakkan aturan baju2 yang dah digantung/ dilipat cantik. Setelah 45 minute mengorek, mencampak,mengacu, membelek, menarik, meng tah apa2 lagi, saya pun putus asa. Nampaknya hantu shopping saya dah lari sebab takutkan mak lampir tadi. Walaupun barang-barangnya murah dari biasa, saya tidak beli apa2 sangat cuma cap zara yang murah dan t-shirt pull and bear. Yang lain macam tak menarik. Atau yang lebih betul, takde saiz... hehehhe.

Setelah membayar, saya pun turun. Hari macam nak hujan pulak. Perut saya pulak dah berbunyi. Saya pun singgah di kedai makan di tempat letak kereta di dataran hamodal itu. Satu lauk pun nampak tak sedap, tapi saya belasah saja la sebab takut pengsan dan masuk longkang pulak. Setelah makan, saya pun berjalan balik ke jualan gudang MPH. Nampaknya betul la. Hantu shopping saya tertinggal di sini, sebab tiba-tiba saya rasa semua buku best dan murah dan rasa macam nak borong semua. Bakul saya pun dah berat, membuatkan tangan saya macam nak patah. Makin menjadi-jadi lagi apabila ada pengumuman kata semua pembelian RM150 ke atas akan mendapat hadiah misteri. Saya pantang kalau ada hadiah-hadiah misteri ni. Akhirnya, jumlah saya jadi RM200! Dapat la guna untuk kurangkan bayaran cukai tahun depan.. dan saya dapat hadiah misteri.

Tanpa berlengah-lengah lagi, saya pun angkat semua barang saya dan keluar dari situ. Harapan saya ada la teksi diluar. Sampai dia diluar, saya pun berhenti berharap. Jalan sesak. Teksi pun tak nampak. Saya pun berjalan la.. Memang ada perasan nak tergolek sebab barang berat dan hari yang macam nak hujan tadi dah jadi panas terik. Dekat 800 m saya jalan agaknya. Tiba la di jalan besar. Tak nampak pulak dimata ada perhentian teksi. Saya dah tidak berdaya lagi. Maka saya selamba katak terpacak di tepi jalan itu sambil tahan teksi secara haram. Mujurlah ada teksi yang berhenti. Walaupun penat, saya gembira sebab tak payah saya nak memandu dalam kesesakkan dan jugak tidak perlu saya bayar saman parking macam orang lain.

Tepat jam 1pm saya tiba di rumah. Saya pun terus landing didepan tv. Sedap sungguh dapat minum air sejuk dan duduk bawah kipas. Saya berjanji dengan ayah saya untuk ke jualan gudang metrojaya di stadium melawati shah alam pulak selepas ini. Maka selepas ayah saya pulang dari solat Jumaat, saya pun memandu ke shah alam. Setelah merempit di NKVE dan mendapatkan panduan jalan dari kawan saya, saya pun sampai ke stadium itu. Orang memang ramai tapi keadaan masih terkawal. Saya terus menuju ke kaunter kosmetik dan minyak wangi. Kaunter ini dikawal rapi. Hanya kumpulan2 kecil sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa. Maka saya pun turut serta beratur macam anak kambing nak kena sembelih. Mungkin bukan anak kambing la.. lebih kepada mak-mak kambing yang bersemngat waja. Tidak lama kemudian, pintu kandang pun dibuka. Semua kambing gila bertempiaran. Saya telah ditugaskan untuk membeli Ralph Blue, tapi tidak ada pulak. Yang saya nampak YSL, Prada, Marc Jacobs, Issey Miyake, Bulgari.... Bulgari? Uuu menarik. Sangat murah Bulgari. Paling murah RM55. Bayangkan. Tak tau la kalau dah ditukar pakai air ros beli di Mydin. Saya pun beli set harga RM115. Diluar haraganya RM 300. Lepas tu hantu shopping kata beli la Hermes pulak. Memang saya nak beli Hermes.. tapi takde pulak yang saya suka tu (kelly caleche) tidak ada pulak. Maka setelah termakan kata-kata juru jual saya pun beli 24, faubourg (walaupun tah bila la saya nak sampai di 24, faubourg yang sebenar di perancis).Harganya RM120. Harga diluar - RM315. Suka saya. Lepas tu saya pergi beli langsir pulak. Tidak la murah tapi sebab dah penat datang dari jauhkan. Benda-benda lain seperti baju, cadar, permainan pun ada. Tidak la hebat sangat. Tapi saya telah beli senduk ke sudip ke apa la org panggil harga RM4.50 sebab ianya comel.

Jam 4.30 petang saya pun balik. Tiba dirumah, saya pun campak barang-barang ini atas katil sebab malas nak kemas. Baru saya teringat hadiah misteri dari MPH tadi. Rupanya spek itam. Laaaaaaaa.

Begitulah saya menghabiskan hari Jumaat itu dgn membeli belah di 3 jualan gudang yang berbeza. Harapan saya, ada pokok duit berbuahkan banyak RM50 akan tumbuh didalam bilik air saya agar saya dapat menglangsaikan hutang yang telah saya kumpul hari itu.

Majulah Membeli Belah Demi Mengextrapolasikan Ekonomi Malaysia! (sehinga ke akar umbi!)!

Tuesday, October 28, 2008

Apa hal brader, rilek la


So.. the 4 year record has vanished
So... thats the end of 86 unbeaten home game
So.. the last time we lost was in Feb 2004
So.. now we are in 2nd place (with Hull?!!)

at least.. we are 5 points clear from Manure... :)

Sunday, October 19, 2008

Habis, nak panggil apa?

"Selamat hari raya makcik" said my nephew to my friend K who's the same age as me. "Hey, panggil auntie la" I told them. (Makcik sounded kampung. Sesuai utk Fasha Sendal) . Then, they called everyone Aunty including the my friend's mom. The makcik said, "Acik takde aunty2 ni, panggil Makcik je". Confuse dah. Then my friend introduce me to her 3 year old daughter " Salam aunty ni.... eh ke nak panggil kakak?"

Entah. Aku pun dah tak tau.

Here's my rule of thumb which I thot was bullet proof till today. If the person is a few years older than us, call them kakak or abang. If a lot older mcm boleh jadi mak mentua ke its either makcik or aunty. Makcik is better used in kampung, while if it's in the city or the person macam mod smcm can call aunty. Same rule apply for the men folk. Agak2 yang mcm ada persona Rahim Razali boley la panggil uncle, if tak - pakcik. "How about nenek?" Ahh.. tricky a bit. I'd stay away from calling anyone nenek.. (macam nenek kebayan). But then for kids yang kena address someone yang mcm dah pangkat atuk tu, stick with 'Tok'.

But how to explain to a 10 and 12 year old, the above, while trying to be politically correct? Kecik2 dah diajar membeza2kan orang. So not good. Dah tu macam mana nak explain mod tu apa. To them, sape bagi duit raya banyak = kaya = must be a Datin. Lagi bagus.

There's other example. Those who are single, how many times you get telemarketer calling you 'Puan'? To me that's automatic red card and if I'm really not in the mood mau letak aje telefon. Those who are slightly smarter (or maybe their call center script writer are full of single woman), would ask.. "maaf ye, ini Puan ke Cik". I bet the Puans would answer confidently "ye Puan", while the Ciks... would shippishly say "cik...." or an angry " CIK LA". I thot during this age of information techonology, you'd have all the details of cik ke puan ke mmg cik puan in your DB. Sighhhhh I've reach my acceptance phase, Puan pun Puan la. Aku tetap tak beli barang kau.

So how about at kedai makan?

Sekarang ni, aku panggil semua orang pun adik la. Mostly muda dari aku. Tapi yang kelakar bapak aku panggil semua org 'bang' or 'kak'. Padahal orang tu semua macam dah pangkat anak kat dia. But then he said kang kalau aku panggil adik.. org kata gatal pulak. Ye jugak.

Maybe it's just a girl thing to worry about how we should be address. Guys tak kisah kot.

So, nak panggil aku apa?

I do answer to "Mak Lampir"... hahahahaha

Wednesday, October 15, 2008

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin


Posted by Picasa

Dulu, everytime raya, mesti kena gambar macam tangga ni. Yang Eldest to the youngest. Ada macam2 version. Version cucu2 aje. Version adik beradik je. Version sepupu2 je. The picture above was taken during hari raya 2002. From the left: Anees aka Cik Tonah Tahi Lalat, Hamzah aka Hamstead, Amirah aka Miya, Fares aka Parit and Hanani aka Kakak.

This is what they look like last hari raya.

(if tgk gambo aku during hari raya over the years.. tak payah la.. menakutkan bak kata Sarimah pun)

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin

Dryerku sakit

Amongst all the appliances in my house, the dryer is my favorite! The joy of not having to hang 30 kg of wet clothes is uncomparable! Tiada bandingannya. Tak payah nak risau hari nak hujan ke ada space nak sidai ke.

But on Sunday, I got a terrible news. Dah la the night before kerja and tak tido due to MAJOR problems at work. The dryer won't start! Oh tidak! Did it finally breakdown and having a strike due to my endless load of clothes?

So I went home and take a look at it. The start button just won't stick. You need to jam something to make it stuck. Adoi! I rummage thru my drawers to look for it's warranty card, but I don't think it's still under warranty. Dah setahun lebih dah. So I look up the net instead to look for Ariston Malaysia and it's contact number.

Yippee... manage to speak to someone, and they pass me to the Service Center. Yeay! Someone is coming over to have look at the dryer. "You know aa the service charge is RM70, parts additional" Yes yes.. I don't care. Do you not hear that the dryer won't start? My world is falling apart here.. (while I ignore the pile of laundry that is starting to build up)

So, yesterday the service dude came over. I was a little bit anxious sbb dia lambat. But 45 minutes later he arrives at my doorstep.

Repair dude :" Mana you punya dryer?"
Me (slightly bowing): " Di belakang (tuan doktor)"
Repair dude: " Ok apa masalahnya?"
Me: "Tak mau nak start la.. tgk I push button ni.. dia start tapi lepas tu dia stop balik"
Repair dude: "Hmmmm..."
Me: (please don't say it's really dying... erk)
Repair dude: "Oh.. ini dia punya relay board bla di bla di bladerbash blee blu bla....rosak"

Ok stand back, he's opening it up. 2 screw and the top is off. Oooo some circuit board is faulty. And he brought the part with him. 5 minutes later, done. My dryer came alive as it should.
Alhamdullilah.

Repair dude : "Ok service charge Rm70, ini part Rm 180. Semua RM250"
Me: (cursing in my heart... Celaka, tak sampai 5 minit, RM250? WHAT the F)

Tapi takpe la... yang penting dryerku kembali alive and spinning. I still owe my father for RM100. But it's worth it I suppose. I'm off to do laundry now :)

Return from Helm's Deep

Hello World!

Finally one of the major shite's at the office dah complete. After 3 reschedule, 1 last minutes cancellation... finally the planned activity went thru. Tamatlah penyeksaan aku. Adoi.. maybe there's spill over of shit from last weekend, tapi aku tak pedulik! Lantak la.. I'll deal with it when I have to. Baru la ada mood nak memblog.

Next week I'm going for training, so it's a week of hotel food yeay!!!! Then 3 days work and off to holiday! But before that ada lagi a few hurdle's of other shites waiting. Till then, I'm so going to enjoy singing Easy from Lionel Ritchie / Commodores

Know it sounds funny,
But I just can't stand the pain
Girl I'm leaving you tomorrow
Seems to me girl,
You know I've done all I can
You see I begged, stole, And I borrowed

Ooh, that's why I'm easy
I'm easy like Sunday morning
That's why I'm easyI'm easy like Sunday morning

Why in the world,
Would anybody put chains on me?
I've paid my dues to make it
Everybody wants me to be,
What they want me to be
I'm not happy when I try to fake it!
No! Ooh, that's why I'm easy
I'm easy like Sunday morning
That's why I'm easy
I'm easy like Sunday morning

I wanna be high, so high
I wanna be free to know
The things I do are right
I wanna be free

Just me, babe!
That's why I'm easy
I'm easy like Sunday morning
That's why I'm easy
I'm easy like Sunday morning
Because I'm easy
Easy like Sunday morning
Because I'm easy
Easy like Sunday morning