Thursday, July 17, 2008

ER - Paging for Dr Carter

Hah, malangnya tak dtg pun Dr Carter..... Dr Dorian pun tarak apatah lagi McDreamy. Yang ada McDreary.


Ceritanya, a simple medical checkup turn to be a 12 hour drama in the ER at a nearby hospital near our place. Kakak aku pi medical check up on Tuesday, tapi the doctor found that her BP was high. Asked her to come in the next day, sama cerita jugak. So the doctor referred her to go to a hospital.


At the hospital, semua out patient kena register at the ER. So pergi la.. tak la ramai sgt org. After 30 minutes or so, dapat la kakak aku menghadap doctor. Same case her BP is hitting the roof. Average 160/130. According to the doctor, patutnya boley collapse anytime. Tapi takde pulak symptoms like pening or blurred vision. Boley jalan2 kat Jalan Tar lagi semalam. And because of that, she has put under observation kat ER trasition ward or whatever they call it. Masa tu dah pukul 3 pm.


Ingatkan sekejap la. Aku ni duduk la tercongok kat luar. Setelah tido2 ayam dan mengigau 2-3 kali, I felt that it's time for me to hunt for my sister. Her phone is with me, so kena la mengadventure and cari dia. Setelah bermain treasure hunt dengan beberapa kaunter pertanyaan, I was allowed to enter the ER pit to look for my sister. So aku pun melawat la dari satu tirai ke satu tirai, baru la aku nampak kakak aku tersengih2 baring atas katil. Dia la nampak paling sihat sekali kat situ. Rupanya, dari 2 jam tadi macam-macam manusia dah masuk ER tu. Dari yang OD, dari makcik yang asyik panggil nurse, dari yang macam dah nazak dan sebagainya semua dah come and go. Pun begitu, BP kakak aku masih lagi all time high.


So far doctor dah try 2 type of pills, tapi tak turun jugak BPnya. Nurse tu cakap kat aku, "Ha pelik ni tak turun2 jugak BP dia. Patutnya dah turun ni." Ya right, if it only will. Aku pun balik la dulu, sebab rumah sekakang kera aje dari hospital tu.


Pukul 8 malam datang balik, same story. Doctor dah nak tukar shift pulak. Aku tanya boleh tak balik, esok je datang balik. Jawapan yang diterima macam la jawapan dari sessi debat hari tu. Orang tanya A, dapat jawapan 1,2,3. Poning kopala acik. Now dah 5 jam kat ER.


Aku pun pergi makan dulu. Sebelum tu singgah pulak farmasi sebab nak beli BP monitor. Farmasis tu beriya la nak suruh aku test. Sekali tgk2, BP aku pun sama naik jugak tinggi. Nyonya tu pulak dah mengelabah takut aku tetiba kena stroke kat depan kabinet jual panadol dia. 2-3 kali dia ambik BP aku, sampai berbirat lengan. Sama je la tinggi menggapai langit. Pun begitu, my dad bought the machine so that lepas ni kitaorg boley la check sendiri kat rumah. And boley la anak2 sedara aku main doktor-doktor dengan lebih hebat lagi.


Pergi balik ER dah pukul 10. No changes. Cuma orang makin pelik-pelik pulak masuk ER. Ada yang demam, yang accident, yang baby tak berhenti nangis. Lagi la BP kakak aku naik. By now we are bored. Aku dah start play around with the BP monitor and tah apa2 lagi equipments yang ada kat situ. Nasib baik tak kena halau keluar. Sekali lagi plea bargin kita orang nak keluar tidak di layan. So my sister had to stay behind. Kononnya the ER doctors dah ask for medical consult. So supposedly nanti ada doctor lain pulak datang check. Kitaorang pun balik la kejap pukul 11pm.


Pukul 1am, kakak aku call. Jangankan medical doctor nak datang, nurse check BP pun takde. We went there again and berborak sambil mengcheck out the competition in the ER. Semua pelakon2 nampaknya dah bertukar. Kakak aku aje la fixed variable dari petang tadi. So lepas ojus dengan bapak aku, aku la kena pergi check dengan doctor yang on duty. Tengok2 dia tengah tulis report sambil lukis gambo2 paru-paru ada dotted2. Ok not good. Retreat! Retreat!


Nampak pulak doktor sorang ni yang tengah check patient sebelah katil kakak aku. Setelah buat muka paling desprate dan berckp dgn suara yang paling lemah, doktor tu kata dia tak tau apa-apa sebab dia bukan doktor utk kakak aku. Terima Kasih. Lain kali jangan duduk depan aku kalau tak nak kena tanya. But maybe doktor dah sound doktor yang on duty. So kejap lagi, doktor tu pun datang lagi dengan soalan... "Ahh... tak turun lagi eh BP". Ya, tidak turun lagi sejak 10 jam tadi. So doktor tu pun call la medical consult yang tak kunjung tiba tu. The next move is to take another pil and see how it goes.


Alhamdulillah, nasib baik this one works. The BP stabilizes around 140/100 and dropping. So boley la discharge. Doktor yang tadi tu asyik la nak bercakap dengan aku. After a few minutes or so... eh, salah orang. Right. Takpe la. Disebabkan dia dah bagi discharge, kalau dia sepak aku pun takpe. Aku terima dengan rela hati, asal tak payah lagi stay kat ER tu. Maka at 3am in the morning, kitaorg pun dengan bangganya melangkah keluar dari pintu neraka.


But then, lepas ni kakak aku kena stay on medication. Dah join the junky club dengan ayahanda. Takpela.. asal selamat. Dalam masa 12 jam penyeksaan itu, macam2 la dia bertaubat, tak nak mkn KFC, McD, kerepek, dan tah apa2 dalam fridge kitaorg. Heheheheh, pagi tadi aku suruh makan quacker oats, dia kata macam dedak ayam. Oh well, lepas ni kitaorg semua kena la bersenam dan eat right. Semoga dia lepas la medical check up ni, supaya boley la start keje.


Anyway, she's ok. Check BP on the machine pun dah ok. Pagi tadi kena pergi ambik ubat at the hospital. Pagi buta tadi, farmasi hospital tu dah tutup. And as a way to cheer her up, Allah sent a special package to her this morning. Menang contest apa ke benda tah. Satu rumah excited sebab besar plak kotak dia. Wah, terlebih sudah! Check out what she won:


Kimora Lee Simmons Special edition collector's Barbie doll. HAHAHAHHAHAHAHHAHAH! lagi HAHAHAHHAHAHHAHAHA! Check it out, there's only 12,500 made worldwide. Mungkin satu hari nanti boley auction at eBay. FABULOUSITY, nyah!


p/s: ada dapat gym bag jugak. Tapi ayahanda dah pau dulu.

6 comments:

Anonymous said...

kak, sorry aku tak tahan asyik gelak je baca nih. simpati ade sikit.marah tak kuasa sbb aku sudah arif ttg doc2 and MO2 spital nih. anyway, semoga kakak ko sembuh cepat. and apa ko punya taubat plak nak turunkan bp? jom pegi jogging kat tasik..hahahaha!!

Anonymous said...

oh tak payahla aku dtg dgn bunga ke rumah ko, kimora lee simmons dah cheer her up! pas ni can add up collection, buy patung2 anak2 dia lak :p (jgn marah kak)
apa pun, mehla join gym cik juned. mana tau in 3m, terus size 8 ke?! lps ni kita kuar mkn healthy nak? takpun aku binge, ko mkn salad je. bp aku ok, skali skala low. (more reasons to binge on meat :)) and bolehla aku slalu hadiahkan ko fruits. jd rabbit la lps ni :)

Anonymous said...

hahahahahahahahhahahhahah.
beb.. this is the best bedtime story.. kalau aku ada notebook, mesti dah baca atas katil lantas gelak sampai terguling jatuh...

jom gi pc fair.. beli notebook. 1 ogos. aku tak penah pegi pc fair.

Anonymous said...

Nans,

Hahahah...what do you expect? Aku rasa doktor yang kat ER tu smlm MO baru grad jugak la.. Tapi setakat ni aku rasa dia la MO paling pro-active yang aku pernah jumpa. Memang rasa nak hangin tu ada la. Kena la control sbb kang kena warded lagi la tensen.

Jog kat tasik CBJ? heheheheh ajak "adik" kau sekali.

Pasta Itik lover,

Gym mana kita nak join? Yang aku nak pi, jauh dari rumah kau. Yang kau nak join, jauh dari rumah aku. Aku ajak pi jogging kat tasik kat PTJ, kau kata harga petrol naik. Hehehehhe

Yang dah lama tak derma darah,

Aha.. 1 Ogos aku cuti. Jom jom. Suka aje aku nak temankan org yang nak membeli belah. Lepas dah ada laptop, kau kena ada laptop table plak. Letak sebelah katil, so that tak terbakar la peha kau from the laptop heat. Table can also turn into breakfast tray if you don't mind semut kat laptop kau. Heheheh

Anonymous said...

bp aku naik lps baca post ini

zz

mommy@lif said...

demit malikkk! hahahahha takpe ke aku sambung komen entry lepas kat entry nih...

aku ekceli dah balik HQ buat portfolio baru yang lepas tu hampes PM aku lari (naik pangkat promoted jadi HR mgr) lepas tu bawak diri mintak masuk CSD balik. sadis ok? rinie dah kat mdec buat sales you! emma baru beranak (2 boys) benny dah pindah to other co., sanadi is based at socso hq, dan aku now project deploymt kat MAS data ctr KJ. machai lagi macam dulu huhuhuhuhu dan yang paling best azam is now based kat HUKM hahahhahahahaha ko ingat tak pakcik azam yang alim dan virgin tu? hahahah btw dia dah kawen tau..aku blom pernah jumpa wife dia sebab dia x jemput aku hahahahaha.. kami ber4 je yang hampes :p

ingat salina tak? dia kat mas gak, jadi TL kat sini.. dia kata dia nak kontek kau... how to reach you lah weh??

nway sorry sangat tak kena mengena ngan entry ini.. apa2 pon.. good thing kakak kau is doing fine (though i wonder which kakak- yg aku pergi rumah kau dulu kah?)

and babe.. pls email aku.. guna mesin add lagi kalau kau ingat okeh?

rad - yang rojak certified -