Tuesday, November 24, 2009

Konsert tapi Picnic

Tak pernah dalam sejarah aku pergi konsert... aku lagi sibuk makan. Selalu either I really enjoy myself or I would fall asleep no matter how loud the music is. Tapi konsert ni, semua stall makanan aku pergi. Burger harga RM5 pun layan jugak. Burger paling mahal dalam sejarah penjualan ala pasar malam. Bukan tu aje yang aku makan. Sampai tunggu akak nasi lemak tu masak nasi lemak dia. Boleh ke tak. Sempat pulak buat karftangan macam kat bawah ni



Pastu dah bosan, apa lagi posing time:



Senang cerita, konsert ni memang hancur la kan.

Siapa2 band atau organizer yang hendak mendapatkan taraf konsert hancur sila la ikut panduan ini:

1. Pilih la location yang memang susah nak parking. Dah tau ada 3 juta orang nak datang, pilih la location yang ada 10 aje parking. Bagus.. akak like dapat melanggar undang2 jalan raya. Bukan dah double park malam tu.. aku dah triple park.. and ada lagi org buat line no 4 plak sebelah aku. Syabas betty!

2. Gunalah sistem ticketing yang super efficient iaitu.. setelah suruh orang beli online or dari agent, kena pulak bawak resit dan sampel DNA ke pintu masuk untuk claim pulak ticket sebenar. 5 orang memang cukup nak layan 3 juta orang yang nak datang claim ticket tu. Jangan letak 6 orang sebab nanti yang sorang tu memang tak buat keje pun...5 je cukup.

3. Buka la pintu lambat. Konsert start pukul 8 malam. 3 juta orang dah datang nak tengok konsert.. takpe bukak la pintu pukul 7.45 minit. 2.99 juta orang ni semua boleh terbang.. tak payah nak risau orang beratur ke tidak ke. Exciting sket bila orang pijak orang lain nak masuk. Macam tragedi trowong Muassim gitu.

4. Sila la lupa nak make sure band dah sampai kat lokasi konsert. Bila 3 juta orang datang dan ada 2.89 juta kereta dah triple park, jalan dah sesak sampai Seremban... band yang nak datang main, nak lalu mana pulak? Oh lupa ada helicopter mainan nak angkut depa bawak sampai stage. Tapi hari tu organizer lupa plak. So kena la buat announcement...." Aaa... band dah sampai dah.. tapi tersekat kat hujung jalan. Pada kereta2 yang blocking jalan .. boleh tak tolong alihkan"... Kepala otak kau berjambul jawab 3 juta yang dah susah2 triple park tadi.

5. Guna la sound system yang hampeh. Lepas tunggu 1 jam tak start2 sebab band dah tersekat, konsert pun start. Eh, pecah pulak sound system. Yeay! Break lagi... makan nasi lemak pulak

6. Untuk band pulak, dah tau semua orang suka lagu rock jiwang karat tu... jangan nyanyi lagu2 tu... nyanyi je lagu2 yang korang nak syok sendiri dapat goreng gitar sampai cair. Pedulik apa kan, sound system pun hancur... orang bukan dengar pun. Makan ayam goreng lagi best.

7. Akhir sekali kalau terdengar ada orang kata... "ehhh aku nak dengar lagu Gadis Misteri.. depa tak nyanyi lagi. Oooi... dah nyanyi la tadi. Ha ye ke?", tercapai la taraf konsert hancur itu.


Konsert apa agaknya ni ye?

4 comments:

Anonymous said...

hahaha tips ko mmg bagus joned. berair mata aku gelak sorang2 baca entry ko nih.

zaimah

ms ngantuk said...

hahahah xleh imagine aku pegi concert asyik mkn.. kat mana ni? i read si engku emran's blog psl how search kena tumpang ntah sape2 nk masuk venue tu. mmg buduss organizer tu!

juned said...

hahha zaimah.. kau jadi organizer lagi bagus.

kay, ni kat bukit kiara. last2 kena jemput depa dgn motor kapcai.. nasib tak kena sepak dgn orang. aku dok mkn je ni nasib tak muntah dlm stable kuda!

***I J A*** said...

babe.. lawak gila... tapi kalau untuk kenangan..aku bagi 5 bintang untuk concert taik bintang pun tak leh bagi.. pompuan baju hijau tu sangat la tak sedar diri dah la preggy.. pakai kain skirt belah tepi..lepas tu jalan ngan torn tendon...hahahah.. bayangkan kalau kena sepak dek kuda ke apa lepas tu.. aduii..eh.. lepas ni skirt jeans tu aku kena buat kesat lantai..parut mcm lipan..