Wednesday, October 29, 2008

Laporan: Melawat 3 Jualan Gudang Dalam Sehari

Pada hari Jumaat itu, saya cuti. Saya bangun awal. Selepas gosok gigi, cuci muka, mandi tapi tak sempat makan roti mahupun minum kopi, saya keluar rumah.

Saya tahan beberapa teksi. Saya kata saya nak pergi Dataran Hamodal di PJ. Pakcik yang pertama terkejut beruk macam tak pernah dengar nama tu. Packik teksi yang kedua terkejut badak pulak. Tapi dia kata, naiklah, tapi kena tunjukkan jalan. Saya suka. Saya pun naik la teksi dia. Masa tu pukul 9 pagi. Jalan tak jam sangat.

Dengan panduan yang saya berikan, teksi saya selamat sampai ke Dataran Hamodal pada pukul 9.30. Jalan sudah mula sesak dengan orang gila macam saya yang nak membeli belah. Saya minta pakcik tu berhenti di luar gudang MPH, sbb hanya jualan gudang MPH saje yang dah buka masa tu. Saya bayar harga teksi dan keluar dengan semangat wajar menuju misi pertama saya.

Sekali tu, saya pulak terkejut badak sebab tiba-tiba di pintu masuk gudang ada seorang mak lampir yang dah kena rasuk hantu jepun. Dia begitu bersemangat sekali memarahi..tidak, menjerit tidak ingat dunia..tidak, menjerit macam dunia ni dia yang punya, anak perempuannya. Mak lampir keturunan bukit ini bertutur (eh bukan menjerit) dalam bahasa inggeris kepada anaknya. Mungkin dia dirasuk hantu askar british, bukan hantu jepun - maaf. Jeritanya membuatkan semua pakcik-pakcik jaga takut nak dekat. Seumur hidup saya, saya tak pernah dgr orang jerit begitu kuat sekali. Bapak saya yang selalu dirasuk jembalang tanah bila marah pun tak begitu mengerunkan berbanding mak lampir ini. Kesian saya tengok anak dia yang kena marah. Tapi dia tak nangis pun. Tabah betul.Saya ingat saya nak tegur mak lampir itu, akan tetapi bila saya mendekati dia saya nampak urat tekak dia macam nak putus, terus saya tak jadi. Takut pulak kalau bebetul kepala dia meletup, nanti terkena percikan isi otak dia pada saya. Kena pulak saya balik rumah mandi dulu. Mana boleh, ada 3 jualan gudang saya nak pergi.Saya pun jalan cepat-cepat masuk jualan gudang MPH.

Masa tu jam baru 9.45 pagi. Saya pun jalan pusing-pusing MPH. Banyak betul buku. Ruang gudang yang dibuka pun besar. Saya cuma cuci-cuci mata saja, sebab pukul 10 saya nak pergi jualan gudang yang diseberang jalan. Buku-buku ni boleh tunggu.Tapi sebelum keluar tetiba ada orang tanya saya, "do you have any Archie comics?". Dalam hati saya kata, "Darling I have a mini library full of it!", tapi saya kata pada dia.. tak tau la.. sebab saya tak kerja kat sini. Baru saya perasan, saya pakai kemeja T warna merah sama dengan pekerja-pekerja MPH di situ. CEH! Tepat 9.55 saya pun lintas jalan dan masuk pulak jualan gudang zara massimo dutti pull & bear. Memang ngam betul waktu saya, sebab pintu dia memang baru bukak. Nampaknya saya sorang saje yang bukan geng bukit. Nasib saya tidak bawak beg sebab beg kena bungkus dulu dlm plastik sebelum masuk. Setelah masuk, semua orang berpusu2 macam tak tentu hala sebab tak sabar nak rosakkan aturan baju2 yang dah digantung/ dilipat cantik. Setelah 45 minute mengorek, mencampak,mengacu, membelek, menarik, meng tah apa2 lagi, saya pun putus asa. Nampaknya hantu shopping saya dah lari sebab takutkan mak lampir tadi. Walaupun barang-barangnya murah dari biasa, saya tidak beli apa2 sangat cuma cap zara yang murah dan t-shirt pull and bear. Yang lain macam tak menarik. Atau yang lebih betul, takde saiz... hehehhe.

Setelah membayar, saya pun turun. Hari macam nak hujan pulak. Perut saya pulak dah berbunyi. Saya pun singgah di kedai makan di tempat letak kereta di dataran hamodal itu. Satu lauk pun nampak tak sedap, tapi saya belasah saja la sebab takut pengsan dan masuk longkang pulak. Setelah makan, saya pun berjalan balik ke jualan gudang MPH. Nampaknya betul la. Hantu shopping saya tertinggal di sini, sebab tiba-tiba saya rasa semua buku best dan murah dan rasa macam nak borong semua. Bakul saya pun dah berat, membuatkan tangan saya macam nak patah. Makin menjadi-jadi lagi apabila ada pengumuman kata semua pembelian RM150 ke atas akan mendapat hadiah misteri. Saya pantang kalau ada hadiah-hadiah misteri ni. Akhirnya, jumlah saya jadi RM200! Dapat la guna untuk kurangkan bayaran cukai tahun depan.. dan saya dapat hadiah misteri.

Tanpa berlengah-lengah lagi, saya pun angkat semua barang saya dan keluar dari situ. Harapan saya ada la teksi diluar. Sampai dia diluar, saya pun berhenti berharap. Jalan sesak. Teksi pun tak nampak. Saya pun berjalan la.. Memang ada perasan nak tergolek sebab barang berat dan hari yang macam nak hujan tadi dah jadi panas terik. Dekat 800 m saya jalan agaknya. Tiba la di jalan besar. Tak nampak pulak dimata ada perhentian teksi. Saya dah tidak berdaya lagi. Maka saya selamba katak terpacak di tepi jalan itu sambil tahan teksi secara haram. Mujurlah ada teksi yang berhenti. Walaupun penat, saya gembira sebab tak payah saya nak memandu dalam kesesakkan dan jugak tidak perlu saya bayar saman parking macam orang lain.

Tepat jam 1pm saya tiba di rumah. Saya pun terus landing didepan tv. Sedap sungguh dapat minum air sejuk dan duduk bawah kipas. Saya berjanji dengan ayah saya untuk ke jualan gudang metrojaya di stadium melawati shah alam pulak selepas ini. Maka selepas ayah saya pulang dari solat Jumaat, saya pun memandu ke shah alam. Setelah merempit di NKVE dan mendapatkan panduan jalan dari kawan saya, saya pun sampai ke stadium itu. Orang memang ramai tapi keadaan masih terkawal. Saya terus menuju ke kaunter kosmetik dan minyak wangi. Kaunter ini dikawal rapi. Hanya kumpulan2 kecil sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa. Maka saya pun turut serta beratur macam anak kambing nak kena sembelih. Mungkin bukan anak kambing la.. lebih kepada mak-mak kambing yang bersemngat waja. Tidak lama kemudian, pintu kandang pun dibuka. Semua kambing gila bertempiaran. Saya telah ditugaskan untuk membeli Ralph Blue, tapi tidak ada pulak. Yang saya nampak YSL, Prada, Marc Jacobs, Issey Miyake, Bulgari.... Bulgari? Uuu menarik. Sangat murah Bulgari. Paling murah RM55. Bayangkan. Tak tau la kalau dah ditukar pakai air ros beli di Mydin. Saya pun beli set harga RM115. Diluar haraganya RM 300. Lepas tu hantu shopping kata beli la Hermes pulak. Memang saya nak beli Hermes.. tapi takde pulak yang saya suka tu (kelly caleche) tidak ada pulak. Maka setelah termakan kata-kata juru jual saya pun beli 24, faubourg (walaupun tah bila la saya nak sampai di 24, faubourg yang sebenar di perancis).Harganya RM120. Harga diluar - RM315. Suka saya. Lepas tu saya pergi beli langsir pulak. Tidak la murah tapi sebab dah penat datang dari jauhkan. Benda-benda lain seperti baju, cadar, permainan pun ada. Tidak la hebat sangat. Tapi saya telah beli senduk ke sudip ke apa la org panggil harga RM4.50 sebab ianya comel.

Jam 4.30 petang saya pun balik. Tiba dirumah, saya pun campak barang-barang ini atas katil sebab malas nak kemas. Baru saya teringat hadiah misteri dari MPH tadi. Rupanya spek itam. Laaaaaaaa.

Begitulah saya menghabiskan hari Jumaat itu dgn membeli belah di 3 jualan gudang yang berbeza. Harapan saya, ada pokok duit berbuahkan banyak RM50 akan tumbuh didalam bilik air saya agar saya dapat menglangsaikan hutang yang telah saya kumpul hari itu.

Majulah Membeli Belah Demi Mengextrapolasikan Ekonomi Malaysia! (sehinga ke akar umbi!)!

4 comments:

Anonymous said...

gila! nasib baik tak ajak aku.. hahahaha. sebenarnya sedih tak diajak.

Anonymous said...

sungguh geli hati saya membaca karangan awak pada kali ini. Ketawa terbahak-bahak saya sambil imagine keadaan yang berlaku.. Selamat membeli merapek2x di Bali..

Anonymous said...

Hati saya melompat lebih tinggi bila saya baca rencana ini. UltraLawak ok. Boleh putus urat perut saya kalau baca 3 lagi rencana seumpamanya.

Tahniah
Zaimah

Anonymous said...

Ok lah fine ko dah pegi tiga jualan gudang pada hari jumaat tetapi anda lupa memention yang awak telah pegi ke jualan gudang pada hari sabtu pula untuk menyenangkan hati kakak awak dan incredibly telah masuk pertandingan tah hapa fm tu. Need i mention the supergirl, batgirl dan kambing thingy tu. Dan paling menyedihkan awak telah kalah di tangan nyonya tua. Tapi aku tau kau baik sbb tak nak kecewakan nyonya tua yang turut serta dalam pertandingan tu. Kudos to you jun. Kau punya entry ni memang meletop! I LIKE !

Love you,
mak lepada cik tonah tahi lalat.